Tuesday 30 July 2013

10 JENIS MATAWANG ZAMAN SILAM YANG UNIK!

1. Matawang yang boleh dimakan:

Matawang yang boleh dimakan ini ialah matawang-matawang yang digunakan itu adalah biasanya daripada bahan-bahan makanan dan salah satu daripadanya yang agak terkenal adalah garam. Malahan ianya banyak digunakan sebagai matawang di kebanyakkan negara-negara di dunia dan dikatakan garam ialah matawang utama di Afrika Timur pada zaman pertengahan. Satu lagi matawang yang berasaskan makanan adalah keju Parmigiano. Di Amerika Tengah pula, biji koko ialah matawang berasaskan makanan yang digunakan di sana. Di Asia Tengah pula, mereka menggunakan blok-blok teh sebagai matawang malahan ianya sangat digemari di negara Mongolia kerana ianya boleh digunakan untuk minuman ataupun makanan kerana mempunyai sumber khasiat. 

                                           


2. Palang Katanga:
Palang berbentuk 'X' ini diberi nama Palang Katanga yang dikatakan berasal dari kawasan perlombongan Katanga di Republik Demokratik Kongo. Matawang menggunakan Palang Katanga ini adalah matawang utama di negara tersebut dan dikatakan juga adalah antara matawang utama yang dikenali di zaman silam yang digunakan di Afrika. Palang ini diperbuatkan daripada tembaga dan beratnya adalah antara 1 paun hingga 2.5 paun. Palang ini juga dikatakan menjadi lambang kepada kekayaan dan digunakan dalam kebanyakkan dalam sistem barter dan perdagangan. Malahan jika seseorang mati, adalah menjadi kebiasaan jika palang itu turut ditanam bersama-sama jasad mereka. Yang lebih menarik lagi, oleh kerana saiznya yang besar, ia kadang-kala turut dapat dilebur dam dijadikan peralatan lain jika diperlukan. Untuk membandingkan harganya, maka bolehlah dianggarkan satu palang Katanga ini akan dapat membeli lebih 22 paun tepung.


3. Kulit tupai:
Pada zaman pertengahan, orang-orang Rusia gemar bertukar-tukar barangan dengan menggunakan matawang yang diperbuat daripada kulit tupai. Malahan bukan itu sahaja bahagian tupai yang digunakan oleh mereka untuk digunakan sebagai matawang yang pelik ini dikatakan mungkin telah memberikan kelebihan dalam bidang bukan ekonomi kepada negara Rusia. Ini adalah kerana pada zaman 'Plak Hitam' namun Rusia kurang terkena kesannya. Ianya disebabkan pembawa wabak itu adalah haiwan dari spesis 'rodent' yang termasuklah tupai, jadi membunuh tupai dan menggunakan kulitnya sebagai matawang telah berjaya mengurangkan pembawa wabak tersebut. Pada zaman moden, negara Finland pernah mengiktiraf kulit tupai sebagai matawang yang bersamaan dengan 3 sen.



4. Penghancur kentang:
Penghancur kentang Bafia telah digunakan sebagai matawang di sebuah negara yang pada zaman moden kini telah menjadi Republik Cameroon. Malahan dikatakan matawang ini sangat disanjung tinggi dan digunakan dalam kebanyakkan dagangan penting yang diamalkan dalam budaya Bafia ketika itu. Penggunaan penghancur kentang ini juga menandakan yang orang-orang Bafia mempunyai tanggapan yang menarik tentang gender. Misalnya seseorang isteri boleh dibeli dan dijual dengan harga yang tertentu pada bila-bila masa misalnya dengan ditukarkan dengan 30 penghancur kentang.



5. Ular Lobi:
Lobi adalah orang-orang silam yang tinggal di Ghana. Mereka hidup sebagai petani dan menghabiskan kebanyakan masa mereka di ladang-ladang yang mana biasanya di situ mereka akan menemui pelbagai jenis ular. Jadi untuk melindungi diri mereka, mereka akan membuat ular-ular daripada besi yang akan sama ada dipakai atau diletak di tempat-tempat tertentu sepertimana yang digunakan oleh sesetengah kaum dengan bawang putih untuk menghalau pontianak. Bahan itu menjadi sangat penting dalam kehidupan orang-orang Lobi sehinggakan ia akhirnya digunakan sebagai sistem matawang untuk perdagangan.



6. Peni Kissi:
Sehingga ke baru-baru ini, Peni (matawang) Kissi masih digunakan di kebanyakkan bahagian di Afrika Barat. Besi panjang ini telah dibentuk oleh tukang besi menjadi bentuk 'T'. Di kiri dan kanannya ada bentuk seperti telinga dan juga kaki. Biasanya matawang Kissi ini adalah sepanjang lebih 1 kaki dan jika pecah, ia tidak boleh digunakan lagi. Biasanya kerana nilainya yang rendah, ianya akan digunakan dalam bentuk 'bundle' seperti 20 untuk 1 ikatan. Pada suatu masa dulu, satu beg berisi oren ataupun pisang hanya bernilai sekitar 2 Peni Kissi. Namun kerana inflasi, harga turut meningkat, jadi jangkaan harga untuk seekor lembu memerlukan lebih 100 ikatan Peni Kissi. 



7. Cincin dan permata:
Bagi kebanyakkan bahagian di negara Mesir silam, ekonominya adalah terkawal dan sangat teratur. Namun tidak sehingga ke lewat waktu dalam sejarah Mesir , mereka tidak menggunakan sistem barter dan perdagangan dengan menggunakan cincin-cincin ataupun pelbagai barangan intan permata yang lain.




8. Hadiah:
'Potlatch' ialah sambungan secara besar-besaran dalam dunia silam yang mana manusia akan bertukar-tukar apa sahaja hadiah kepada satu sama lain. Sambutan-sambutan sebegini diadakan di seluruh dunia namun kebanyakkannya sangat banyak dilakukan dalam kalangan orang-orang asli Amerika. Misalnya, pemberian gigi ikan paus adalah satu kebiasaan bagi orang-orang di Kepulauan Fiji manakala bulu burung pula adalah satu pemberian biasa dalam kalangan orang-orang asli Amerika. Acara yang dibuat gilang-gemilang itu turut diadakan sempena pelbagai sambutan lain seperti kelahiran bayi ataupun perkahwinan. Biasanya juga dalam sambutan ini mereka yang berkedudukan dan kaya seolah-olah akan bertanding antara satu sama lain untuk memberikan hadiah yang terbaik. Namun acara ini akhirnya tidak dibenarkan menjelang penghujung kurun ke-19.




9.Pisau:
Pada zaman silam di negara China, bilah-bilah pisau besar yang diperbuat daripada gangsa adalah matawang awal yang digunakan di negara tersebut. Lebih kurang 2,500 tahun lampau, seorang putera negara China telah membenarkan kumpulan askarnya untuk menggunakan pisau mereka sebagai bayaran untuk mendapatkan barang-barang kerana duit sukar didapati. Sejak itu, sistem itu mula digunakan sebagai sistem matawang yang standard. Penggunaannya paling banyak sekali pada zaman Dinasti Zhou dari tahun 600 sebelum Masihi sehinggalah ke 200 sebelum Masihi. Pisau-pisau ini biasanya akan dibentuk dengan bentuk cincin di salah satu hujungnya agar ia mudah dibawa bersama-sama dengan tali pinggang dan sebagainya.



10. Batu-batu Rai:
Matawang paling besar di zaman silam yang pernah digunakan ialah 'batu rai'. Batu yang sangat besar ini akan diukir daripada batuan batu kapur. Ia akan mempunyai tanda lubang di tengahnya yang adakalanya berukuran sehingga 12 kaki dan biasanya mempunyai berat sekitar 8 tan. Setiap batu rai itu mempunyai ceritanya tersendiri yang akan menentukan nilainya pula. Oleh kerana pembuatannya adalah sangat sukar, maka nilai batu tersebut akan naik. Para penduduk sanggup membahayakan nyawa mereka berkanu ke pulau bersebelahan untuk mendapat batu kapur dan di situ mereka akan mula membawanya balik ke kampung mereka. Biasanya batu-batu rai ini tidak berubah kedudukannya dari tempat asal  kerana ianya adalah sangat berat ialah hanya pemiliknya sahaja yang pemiliknya sahaja yang bertukar dan bukan lokasi kedudukannya. Jika penduduk yang mengukir ataupun memindahkan batu tersebut mati dalam proses perbuatannya, maka nilai batu itu akan naik.