Sunday 14 April 2013

PATUNG MISTERI OKIKU


Terletak di dalam sebuah kotak kayu kecil dan dipaparkan di dalam kuil Manneji di bandar Iwamizawa, Hokkaido, Jepun, berdiri sebuah patung kecil setinggi 40cm yang penuh kisah misteri di sebaliknya. Hampir seperti Jenglot ( patung mistik Indonesia ), anak patung ini benar-benar luar biasa. Seorang penyelidik Jepun mendedahkan bahawa keputusan ujian forensik menunjukkan rambut anak patung ini berkembang & tumbuh seperti rambut manusia.



  Ia bukan calang-calang anak patung. Setiap tahun rambutnya perlu di'trim' supaya tidak terus panjang. Kebiasaannya, rambut anak patung ini dibiarkan panjang sehingga paras tumit, kemudian akan dipotong semula ke paras bahu. Rambut anak patung ini tumbuh berterusan sudah hampir 75 tahun dan disebabkan itu dia diangkat sebagai satu benda suci dan dikenali ramai. Anak patung ini dipakaikan dengan kimono tradisional. 



  Patung ini asalnya dibeli di Sapporo oleh Eikichi Suzuki pada tahun 1918 sebagai hadiah kepada adiknya Okiku yang berusia 2 tahun. Dia yang melawat kawasan itu untuk melihat pameran maritim terlihat anak patung itu di sebalik cermin sebuah kedai. Tanpa menunggu lama, dia tahu dia perlu membelinya dan memberikan anak patung itu kepada adiknya. Adiknya sungguh teruja mendapat anak patung itu dan terus menjadi anak patung kegemarannya  sehinggakan mereka terlihat seperti rakan karib. Saban hari Okiku akan bermain  dengan anak patung pemberian abangnya dan kemudian menamakannya "Okiku", sama seperti namanya. Anak patung ini terus menemani Okiku sehingga ke hembusan nafas terakhirnya pada tahun 1919. Okiku yang ketika itu berusia 3 tahun mati akibat ditimpa demam teruk. Anak patung itu pada awalnya ingin dikebumikan bersama Okiku namun terlepas pandang. 



  Okiku si anak patung kemudian hanya diletakkan di rumah sebagai tanda memperingati pemergian Okiku. Bermula dari situ, Suzuki mula menyedari rambut anak patung itu memanjang dari masa ke semasa. Rambut anak patung itu sepatutnya hanya mencecah paras bahu namun kian lama ia semakin memanjang seakan ia benar-benar hidup. Mulai dari situ, keluarga Suzuki percaya bahawa roh Okiku bersemadi di dalam patung berkenaan. Patung itu terus dijaga keluarga ini sehingga tahun 1938, patung ini diserahkan kepada Kuil Mannenji kerana keluarga ini berpindah dari kawasan itu. Patung itu tidak dibawa bersama kerana keluarga Suzuki tidak mahu kedua-dua Okiku berpisah jauh.

  Patung Okiku sehingga ke hari ini masih disimpan di Kuil Mannenji. Sampel rambut ini pernah dikaji dan hasilnya agak mengejutkan kerana rambut itu sememangnya milik seorang kanak-kanak perempuan!

# Subhanallah, wallahu'alam...

Thursday 11 April 2013

PSIKO TEST : Apakah Perkara Yang Paling Anda Takuti?


Bayangkan anda adalah seorang detektif. Pada suatu hari anda telah pergi ke  lokasi pembunuhan untuk menyiasat dan anda nampak seorang mangsa wanita muda mati sambil mengenggam GINCU PATAH pada tangannya. Mengikut naluri anda, apakah punca yang menyebabkan mangsa dibunuh? 

A. Perompak telah menceroboh masuk dan membunuhnya.
B. Teman lelakinya membalas dendam kerana mangsa mencintai orang lain.
C. Perbuatan lelaki abnormal yang telah lama menyukainya.
D. Musuh pencinta mangsa telah membunuhnya.

PERINGATAN: Sila jawab soalan Ini menggunakan naluri detektif anda! 

 JAWAPAN:

(A) Anda takut pada PENYAKIT. Anda sangat bimbang sekiranya anda menghidap penyakit yang tidak boleh dirawati. Akhirnya anda akan mati dalam keadaan yang terseksa. Anda takut dengan kesakitan pada tubuh & juga takut mati!

(B) Anda takut pada KEMATIAN. Tapi anda bukannya takut akan kematian diri sendiri, sebaliknya kematian orang yang paling rapat dengan anda. Hal ini kerana anda terlalu bergantung kepada mereka terutamanya ibu bapa, teman hidup, kawan baik & adik - beradik. Sekiranya perkara ini berlaku, pasti anda tak tertanggung.. maka peratusan anda untuk gila semakin tinggi!

(C) Perkara yang paling anda takuti ialah tidak dapat memahami & memberi penjelasan tentang gejala semulajadi yang berlaku. Gejala semulajadi ini termasuklah roh, hantu, balas dendam dan sebagainya. Anda menjadi sangat
keliru apabila perkara - perkara ini berlaku. Ini adalah kelemahan yang sukar untuk anda atasinya. Namun ia TIDAK bermakna anda bodoh!

(D) Anda takut DIKHIANATI. Anda tidak dapat berhadapan dengan kekasih yang berubah hati, kawan yang tak setia, atau saudara - mara yang membelakangi anda. Apabila mereka mengkhianati anda, anda telah kehilangan daya untuk menyerang balik. Tapi kelemahan ini sukar untuk dikesan

Wednesday 10 April 2013

FRANKENSTEIN

Frankenstein ataupun 'The Modern Prometheus' asalnya sebuah novel karangan Mary Shelley yang berkisarkan kisah satu makhluk eksperimen sains yang diterbitkan sekitar tahun 1823 di Perancis. Bermula dari penerbitan ini, cerita mengenai makhluk fiksyen ini semakin berkembang menjadi sebuah pementasan dan beberapa abad selepas itu terbit pula francais filem mengenainya sehinggakan ke hari ini wataknya dikenali ramai. Namun benarkah watak yang diklasifikasikan sebagai makhluk fiksyen ini wujud sekitar tahun 3000 tahun yang lampau?

  
Watak Frankenstein dalam filem (1931) yang dibintangi oleh Colin Clive.

          Baru-baru ini, satu rangka aneh telah dijumpai di Cladh Hallan di Scotland, iaitu sebuah tapak eskavasi arkeologi di selatan Pulau Uist. Rangka mumia yang ditemui ini merupakan rangka mumia pertama di kepulauan Great Britain. Lebih menarik lagi, rangka mumia yang berusia 3000 tahun ini dikompos daripada 6 orang yang berbeza menjadikan ia satu penemuan rangka manusia yang pelik! Mana mungkin seorang manusia mempunyai rangka yang terdiri dari tulang 6 orang yang berbeza.

JADI, BENARKAH MAKHLUK UJIKAJI SEAKAN FRANKENSTEIN MEMANG PERNAH WUJUD???



       Berdasarkan laporan daripada National Geographic, ujian DNA dan ujian 'isotopic dating' (ujian untuk mengenalpasti usia, juga dikenali sebagai radiometric dating) ke atas mumia ini jelas menunjukkan rangka-rangka yang terdapat dalam mumia itu terdiri daripada bahagian-bahagian tubuh manusia lain. Dari ujian ini juga, mumia ini dipercayai dicantum dari bahagian tubuh rangka manusia lain dan ditanam bersama hampir 600 tahun selepas kematiannya bagi menolak dakwaan bahawa mumia ini merupakan Frankenstein yang hidup dengan enam bahagian badan orang lain.

     Namun begitu, tindakan mencantumkan rangka-rangka ini tidak dapat dijelaskan sebabnya. Terry Brown, ketua pengkaji dan juga seorang professor di Universiti Manchester berpendapat bahawa tubuh asal mumia ini mungkin tidak lengkap ketika kematiannya dan ia sengaja dicantum dengan bahagian tubuh orang lain untuk melengkapkan tubuhnya sebelum dikebumikan. "Kepalanya mungkin telah dipancung dan diganti dengan kepala orang lain!"


Tuesday 9 April 2013

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG EMAS


Perkataan Inggeris datangnya daripada asas Proto-Indo-European iaitu 'ghel / ghol ' yang bermaksud kuning, hijau ataupun bercahaya.

Tiada benua yang tiada emas.

Dikatakan hampir 80% lagi emas yang ada di dunia yang masih belum dilombong.

Emas akan mencair pada suhu 1064.43 darjah. Ia boleh mengalirkan haba dan juga elektrik dan tidak akan pernah berkarat.

Lebih 75% daripada emas yang berada di pasaran sekarang di pasaran sekarang telahpun dilombong sejak tahun 1910.

Ketulan emas yang terbesar pernah dijumpai ialah 

'Welcome Stranger' yang ditemui oleh John Deason

Richard Oates di Australia pada tahun 1869. Ketulan 

itu adalah sebesar 10 x 25 inci yang apabila dileburkan  

menghasilkan 2,248 aun emas tulen.


Puak orang asli di Amerika percaya yang mengambil emas 

boleh menyebabkan seseorang manusia itu mampu terapung


Harga emas melebihi USD 1,000 pada Mac tahun 2008 walaupun berlaku 

kemerosotan ekonomi ketika itu.

✖ Jika pingat emas pada Sukan Olimpik tahun 1912  

diperbuat daripada emas sepenuhnya, pingat-pingat emas

 yang diperolehi para atlet pada temasya Sukan Olimpik 

sekarang hanya mempunyai 6 gram emas di dalamnya.

✖ Pada tahun 560 sebelum Masihi, orang-orang Lydian telah memperkenalkan syiling yang 

diperbuat daripada emas.

✖ Perbicaraan 'Pyx' ataupun ujian umum untuk menentukan kualiti sesuatu emas mula-mula 

diperkenalkan pada tahun 1282 di England dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.

✖ Emas dan tembaga adalah besi pertama yang ditemui oleh manusia sekitar tahun 5000 

tahun sebelum Masihi dan mewakili besi yang tidak mewakili warna keputihan.

✖ Lombong emas di Afrika Selatan boleh mencecah kedalaman sehingga 12, 000 kaki dan 

suhunya pula boleh mencapai 130 darjah Fahrenheit.

✖ Untuk mendapatkan hanya 1 aun emas, maka masa sebanyak 38 jam diperlukan, 

sebanyak 1400 gelen air diperlukan dan kuasa elektrik menyamai bekalan ke sebuah rumah 

selama 10 hari selain keperluan bahan kimia lain seperti sianid, asid, boraks dan limau.

✖ Jika dijumlahkan, kira-kira hanya 142,000 tan emas yang telah dilombong sehingga kini.

✖ Ketulenan emas dikira dengan ukuran karat. Perkataan karat itu sendiri datangnya 

daripada perkataan 'carob seed' iaitu standard biasa untuk timbangan kuantiti yang kecil 

yang digunakan di Timur Tengah.

✖ Emas tulen adalah sangat lembut sehingga boleh dibentuk dengan tangan.

PSIKO TEST : Siapakah Cinta Pertama Anda?



Soalan : Bentuk apakah yang paling anda suka?

A. Bentuk hati
B. Bulat
C. Segi empat tepat
D. Bulan sabit
E. Bentuk bintang

(A) Anda tidak percaya pada cinta pandang pertama. Walaupun ada calon yang anda suka, anda tidak akan ambil tindakan untuk mengeratkan persahabatan. Anda akan menunggu sehingga anda mengenalisi dia dengan lebih mendalam barulah anda berani mengambil tindakan selanjutnya!

(B) Orang yang cinta pandang pertama pada anda ialah orang yang mementingkan kecantikan ataupun paras rupa. Mereka akan menghiasi diri mereka dengan penampilan yang sempurna, maka mereka adalah tertarik dengan orang yang suka berhias.

(C) Orang yang cinta pandang pertama pada anda ialah orang yang mempunyai otak yang lincah. Mereka cekap menguruskan apa-apa sahaja dan mampu menjalankan tugas dengan baik berbanding dengan orang lain.

(D) Orang yang cinta pandang pertama pada anda ialah orang yang mempunyai perancangan masa depan yang teliti. Apabila anda berbual-bual dengan si dia pasal masa depan, maka si dia tertarik dengan anda kerana anda kerana anda mempunyai cita-cita sepertinya.

(E) Cinta pandang pertama anda adalah seorang yang single tetapi dia mempunyai anak yang ramai, seorang papa kedana, pengotor dan pemalas... (Hehehehe, sebenarnya yang ini tiada dalam list, saja nak bergurau, hee)

Monday 8 April 2013

Lorem Ipsum

Bagi korang ungkapan 'Lorem Ipsum' ini mungkin sudah tidak asing lagi. Sebab ia merupakan sebuah dummy text yang biasa digunakan sebagai blindcopy sementara untuk mengisi kekosongan saat sebuah template dimuat turun. Nyatanya, memang paragraf tersebut sudah sedemikian dikenal oleh semua orang yang berkecimpung di dunia blogging, pengiklanan dan rekabentuk grafik, bahkan ia telah digunakan sejak tahun 1500!

   Tapi adakah korang tahu, apa sebenarnya paragraf 'Lorem Ipsum' itu? Mungkin korang semua fikir itu hanya ungkapan biasa saja dan tiada ertinya, dibuat secara sembarangan yang tujuannya untuk mengisi ruang kosong yang kemudiannya akan diisi dengan teks. Kalau korang fikir macam itu, korang silap!


  Sebenarnya, Lorem Ipsum bukanlah ungkapan yang tiada ertinya. Sejarah Lorem Ipsum berakar dari sebuah naskhah sastera klasik Latin dari era 45 sebelum Masihi, hingga dapat dipastikan usianya telah mencapai lebih dari 2000 tahun. Richard McClintock, seorang professor Bahasa Latin dari Hampden-Sidney College di Virginia, cuba mencari makna salah satu kata Latin yang dianggap paling tidak jelas, yakni 'consectetur' yang diambil dari salah satu sumber yang tidak diragukan lagi. Lorem Ipsum berasal dari bahagian 1.10.32 dan 1.10.33 naskhah 'de Finibus Bonorum et Malorum' (Sisi Ekstrim dari Kebaikan dan Kejahatan) karya Cicero, yang ditulis pada tahun 45 sebelum Masihi. Buku ini adalah risalah dari teori etika yang sangat terkenal pada masa Renaissance. Baris pertama dari Lorem Ipsum, "Lorem ipsum dolor sit amet...", berasal dari satu baris di bahagian 1.10.32.

Cicero

   
   Bahagian standard dari teks Lorem Ipsum yang digunakan sejak tahun 1500an kini direproduksi kembali. Bahagian 1.10.32 dan 1.10.33 dari 'de Finibus Bonorum et Malorum' karya Cicero juga direproduksi sepertu bentuk aslinya, diikuti oleh versi Bahasa Inggeris yang berasal dari terjemahan tahun 1914 oleh H. Rackham.

   Naskhah Lorem Ipsum yang telah diterjemahkan oleh H. Rackham pada tahun 1914 (Dalam Bahasa Malaysia):

   Demikian pula, tidak adakah orang yang mencintai atau mengejar atau ingin mengalami penderitaan, bukan semata-mata kerana penderitaan itu sendiri tetapi kerana sesekali terjadi keadaan di mana susah-payah dan penderitaan dapat memberikan kepadanya kesenangan yang besar. Sebagai contoh sederhana, siapakah diantara kita yang pernah melakukan pekerjaan fizik yang berat, selain untuk memperoleh manfaat daripadanya? Tetapi siapakah yang berhak untuk mencari kesalahan pada diri orang yang memilih untuk menikmati kesenangan yang tidak menimbulkan akibat-akibat yang menggangu atau orang yang menghindari penderitaan yang tidak menghasilkan kesenangan?"

   Paragraf asal Lorem Ipsum berbicara tentang sebuah etika. Etika ini ada ketika  Cicero sangat dekat dengan dunia hukum dan dunia seni. Tidaklah hairan pada masa kekuasaan Romawi, Cicero mendakwa gabenor Sicily iaitu Verres. Kisah ini sangat terkenal mengingatkan keberanian Cicero menggugat kewibawaan gabenor atas tuduhan penyerangan, pembunuhan dan korupsi. Kebanyakan tuntutan Cicero kepada Verres adalah berkaitan karya-karya seni. Cicero memang sangat peduli dengan karya seni.
   
H. Rackham