Tapi adakah korang tahu, apa sebenarnya paragraf 'Lorem Ipsum' itu? Mungkin korang semua fikir itu hanya ungkapan biasa saja dan tiada ertinya, dibuat secara sembarangan yang tujuannya untuk mengisi ruang kosong yang kemudiannya akan diisi dengan teks. Kalau korang fikir macam itu, korang silap!
Sebenarnya, Lorem Ipsum bukanlah ungkapan yang tiada ertinya. Sejarah Lorem Ipsum berakar dari sebuah naskhah sastera klasik Latin dari era 45 sebelum Masihi, hingga dapat dipastikan usianya telah mencapai lebih dari 2000 tahun. Richard McClintock, seorang professor Bahasa Latin dari Hampden-Sidney College di Virginia, cuba mencari makna salah satu kata Latin yang dianggap paling tidak jelas, yakni 'consectetur' yang diambil dari salah satu sumber yang tidak diragukan lagi. Lorem Ipsum berasal dari bahagian 1.10.32 dan 1.10.33 naskhah 'de Finibus Bonorum et Malorum' (Sisi Ekstrim dari Kebaikan dan Kejahatan) karya Cicero, yang ditulis pada tahun 45 sebelum Masihi. Buku ini adalah risalah dari teori etika yang sangat terkenal pada masa Renaissance. Baris pertama dari Lorem Ipsum, "Lorem ipsum dolor sit amet...", berasal dari satu baris di bahagian 1.10.32.
Cicero
Bahagian standard dari teks Lorem Ipsum yang digunakan sejak tahun 1500an kini direproduksi kembali. Bahagian 1.10.32 dan 1.10.33 dari 'de Finibus Bonorum et Malorum' karya Cicero juga direproduksi sepertu bentuk aslinya, diikuti oleh versi Bahasa Inggeris yang berasal dari terjemahan tahun 1914 oleh H. Rackham.
Naskhah Lorem Ipsum yang telah diterjemahkan oleh H. Rackham pada tahun 1914 (Dalam Bahasa Malaysia):
Demikian pula, tidak adakah orang yang mencintai atau mengejar atau ingin mengalami penderitaan, bukan semata-mata kerana penderitaan itu sendiri tetapi kerana sesekali terjadi keadaan di mana susah-payah dan penderitaan dapat memberikan kepadanya kesenangan yang besar. Sebagai contoh sederhana, siapakah diantara kita yang pernah melakukan pekerjaan fizik yang berat, selain untuk memperoleh manfaat daripadanya? Tetapi siapakah yang berhak untuk mencari kesalahan pada diri orang yang memilih untuk menikmati kesenangan yang tidak menimbulkan akibat-akibat yang menggangu atau orang yang menghindari penderitaan yang tidak menghasilkan kesenangan?"
Paragraf asal Lorem Ipsum berbicara tentang sebuah etika. Etika ini ada ketika Cicero sangat dekat dengan dunia hukum dan dunia seni. Tidaklah hairan pada masa kekuasaan Romawi, Cicero mendakwa gabenor Sicily iaitu Verres. Kisah ini sangat terkenal mengingatkan keberanian Cicero menggugat kewibawaan gabenor atas tuduhan penyerangan, pembunuhan dan korupsi. Kebanyakan tuntutan Cicero kepada Verres adalah berkaitan karya-karya seni. Cicero memang sangat peduli dengan karya seni.
H. Rackham



No comments:
Post a Comment