Tuesday, 9 April 2013
FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG EMAS
✖ Perkataan Inggeris datangnya daripada asas Proto-Indo-European iaitu 'ghel / ghol ' yang bermaksud kuning, hijau ataupun bercahaya.
✖ Tiada benua yang tiada emas.
✖ Dikatakan hampir 80% lagi emas yang ada di dunia yang masih belum dilombong.
✖ Emas akan mencair pada suhu 1064.43 darjah. Ia boleh mengalirkan haba dan juga elektrik dan tidak akan pernah berkarat.
✖ Lebih 75% daripada emas yang berada di pasaran sekarang di pasaran sekarang telahpun dilombong sejak tahun 1910.
✖ Ketulan emas yang terbesar pernah dijumpai ialah
'Welcome Stranger' yang ditemui oleh John Deason
Richard Oates di Australia pada tahun 1869. Ketulan
itu adalah sebesar 10 x 25 inci yang apabila dileburkan
menghasilkan 2,248 aun emas tulen.
✖ Puak orang asli di Amerika percaya yang mengambil emas
boleh menyebabkan seseorang manusia itu mampu terapung
✖ Harga emas melebihi USD 1,000 pada Mac tahun 2008 walaupun berlaku
kemerosotan ekonomi ketika itu.
✖ Jika pingat emas pada Sukan Olimpik tahun 1912
diperbuat daripada emas sepenuhnya, pingat-pingat emas
yang diperolehi para atlet pada temasya Sukan Olimpik
sekarang hanya mempunyai 6 gram emas di dalamnya.
✖ Pada tahun 560 sebelum Masihi, orang-orang Lydian telah memperkenalkan syiling yang
diperbuat daripada emas.
✖ Perbicaraan 'Pyx' ataupun ujian umum untuk menentukan kualiti sesuatu emas mula-mula
diperkenalkan pada tahun 1282 di England dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.
✖ Emas dan tembaga adalah besi pertama yang ditemui oleh manusia sekitar tahun 5000
tahun sebelum Masihi dan mewakili besi yang tidak mewakili warna keputihan.
✖ Lombong emas di Afrika Selatan boleh mencecah kedalaman sehingga 12, 000 kaki dan
suhunya pula boleh mencapai 130 darjah Fahrenheit.
✖ Untuk mendapatkan hanya 1 aun emas, maka masa sebanyak 38 jam diperlukan,
sebanyak 1400 gelen air diperlukan dan kuasa elektrik menyamai bekalan ke sebuah rumah
selama 10 hari selain keperluan bahan kimia lain seperti sianid, asid, boraks dan limau.
✖ Jika dijumlahkan, kira-kira hanya 142,000 tan emas yang telah dilombong sehingga kini.
✖ Ketulenan emas dikira dengan ukuran karat. Perkataan karat itu sendiri datangnya
daripada perkataan 'carob seed' iaitu standard biasa untuk timbangan kuantiti yang kecil
yang digunakan di Timur Tengah.
✖ Emas tulen adalah sangat lembut sehingga boleh dibentuk dengan tangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment