Wednesday, 10 April 2013

FRANKENSTEIN

Frankenstein ataupun 'The Modern Prometheus' asalnya sebuah novel karangan Mary Shelley yang berkisarkan kisah satu makhluk eksperimen sains yang diterbitkan sekitar tahun 1823 di Perancis. Bermula dari penerbitan ini, cerita mengenai makhluk fiksyen ini semakin berkembang menjadi sebuah pementasan dan beberapa abad selepas itu terbit pula francais filem mengenainya sehinggakan ke hari ini wataknya dikenali ramai. Namun benarkah watak yang diklasifikasikan sebagai makhluk fiksyen ini wujud sekitar tahun 3000 tahun yang lampau?

  
Watak Frankenstein dalam filem (1931) yang dibintangi oleh Colin Clive.

          Baru-baru ini, satu rangka aneh telah dijumpai di Cladh Hallan di Scotland, iaitu sebuah tapak eskavasi arkeologi di selatan Pulau Uist. Rangka mumia yang ditemui ini merupakan rangka mumia pertama di kepulauan Great Britain. Lebih menarik lagi, rangka mumia yang berusia 3000 tahun ini dikompos daripada 6 orang yang berbeza menjadikan ia satu penemuan rangka manusia yang pelik! Mana mungkin seorang manusia mempunyai rangka yang terdiri dari tulang 6 orang yang berbeza.

JADI, BENARKAH MAKHLUK UJIKAJI SEAKAN FRANKENSTEIN MEMANG PERNAH WUJUD???



       Berdasarkan laporan daripada National Geographic, ujian DNA dan ujian 'isotopic dating' (ujian untuk mengenalpasti usia, juga dikenali sebagai radiometric dating) ke atas mumia ini jelas menunjukkan rangka-rangka yang terdapat dalam mumia itu terdiri daripada bahagian-bahagian tubuh manusia lain. Dari ujian ini juga, mumia ini dipercayai dicantum dari bahagian tubuh rangka manusia lain dan ditanam bersama hampir 600 tahun selepas kematiannya bagi menolak dakwaan bahawa mumia ini merupakan Frankenstein yang hidup dengan enam bahagian badan orang lain.

     Namun begitu, tindakan mencantumkan rangka-rangka ini tidak dapat dijelaskan sebabnya. Terry Brown, ketua pengkaji dan juga seorang professor di Universiti Manchester berpendapat bahawa tubuh asal mumia ini mungkin tidak lengkap ketika kematiannya dan ia sengaja dicantum dengan bahagian tubuh orang lain untuk melengkapkan tubuhnya sebelum dikebumikan. "Kepalanya mungkin telah dipancung dan diganti dengan kepala orang lain!"


No comments:

Post a Comment