Thursday, 11 April 2013

PSIKO TEST : Apakah Perkara Yang Paling Anda Takuti?


Bayangkan anda adalah seorang detektif. Pada suatu hari anda telah pergi ke  lokasi pembunuhan untuk menyiasat dan anda nampak seorang mangsa wanita muda mati sambil mengenggam GINCU PATAH pada tangannya. Mengikut naluri anda, apakah punca yang menyebabkan mangsa dibunuh? 

A. Perompak telah menceroboh masuk dan membunuhnya.
B. Teman lelakinya membalas dendam kerana mangsa mencintai orang lain.
C. Perbuatan lelaki abnormal yang telah lama menyukainya.
D. Musuh pencinta mangsa telah membunuhnya.

PERINGATAN: Sila jawab soalan Ini menggunakan naluri detektif anda! 

 JAWAPAN:

(A) Anda takut pada PENYAKIT. Anda sangat bimbang sekiranya anda menghidap penyakit yang tidak boleh dirawati. Akhirnya anda akan mati dalam keadaan yang terseksa. Anda takut dengan kesakitan pada tubuh & juga takut mati!

(B) Anda takut pada KEMATIAN. Tapi anda bukannya takut akan kematian diri sendiri, sebaliknya kematian orang yang paling rapat dengan anda. Hal ini kerana anda terlalu bergantung kepada mereka terutamanya ibu bapa, teman hidup, kawan baik & adik - beradik. Sekiranya perkara ini berlaku, pasti anda tak tertanggung.. maka peratusan anda untuk gila semakin tinggi!

(C) Perkara yang paling anda takuti ialah tidak dapat memahami & memberi penjelasan tentang gejala semulajadi yang berlaku. Gejala semulajadi ini termasuklah roh, hantu, balas dendam dan sebagainya. Anda menjadi sangat
keliru apabila perkara - perkara ini berlaku. Ini adalah kelemahan yang sukar untuk anda atasinya. Namun ia TIDAK bermakna anda bodoh!

(D) Anda takut DIKHIANATI. Anda tidak dapat berhadapan dengan kekasih yang berubah hati, kawan yang tak setia, atau saudara - mara yang membelakangi anda. Apabila mereka mengkhianati anda, anda telah kehilangan daya untuk menyerang balik. Tapi kelemahan ini sukar untuk dikesan

No comments:

Post a Comment